1.1 Dasar ini ("Dasar Privasi") menerangkan bagaimana StashAway Malaysia Sdn. Bhd. (No Syarikat. 201701046385) ("StashAway Malaysia") mengurus Data Peribadi yang berada dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami. "Data Peribadi", ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia ("PDPA"), dan pada masa ini merujuk kepada sebarang maklumat berkenaan dengan transaksi komersil, yang berkaitan langsung atau tidak langsung kepada individu, yang dikenalpasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau maklumat lain yang ada dalam pemilikan kami dan termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan ekspresi pendapat tentang individu tersebut.
1.2 Dengan menggunakan perkhidmatan kami menurut kepada perjanjian anda dengan kami ("Perkhidmatan"), mengendalikan mana-mana akaun yang dikekalkan dengan kami, mengakses platform dalam talian yang dikendalikan oleh kami (yang boleh diakses melalui laman web kami di www.stashaway.com atau melalui aplikasi mudah alih kami) ("Platform"), laman web atau aplikasi mudah alih, atau sebaliknya memberi maklumat kepada atau berkomunikasi dengan kami, anda akan dianggap telah bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini.
1.3 Dasar Privasi ini tidak mengambil tempat atau menggantikan apa-apa persetujuan lain yang anda mungkin telah berikan kepada kami sebelum ini atau secara berasingan berkenaan dengan Data Peribadi anda, dan persetujuan anda terhadap Dasar Privasi ini adalah tambahan kepada apa-apa hak lain yang kami mungkin ada di sisi undang-undang untuk mengumpul, mengguna, memproses atau mendedahkan Data Peribadi anda.
1.4 Perkataan "kami", "kita" atau mana-mana derivatif yang berkaitan merujuk kepada StashAway Malaysia dan penggantinya dan mana-mana novatee, pemegang serah hak, penerima atau pembeli hak dan / atau obligasi StashAway Malaysia di bawah ini dan sebarang rujukan kepada StashAway Malaysia termasuk rujukan kepada penggantinya, novatee, pemegang serah hak, penerima atau pembeli. Perkataan "anda", "kamu" atau mana-mana derivatif yang berkaitan yang merujuk kepada orang yang menggunakan Perkhidmatan kami, mengendalikan mana-mana akaun yang dikendalikan dengan kami, mengakses Platform, laman web atau aplikasi mudah alih kami, atau sebaliknya memberikan maklumat kepada atau berkomunikasi dengan kami dan termasuk, seperti yang dikehendaki oleh konteks, wakil-wakil peribadi (jika berkenaan).
1.5 Dasar Privasi ini akan ditadbir oleh, dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Tanpa menjejaskan hak anda di bawah mana-mana undang-undang yang diguna pakai, sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Dasar Privasi ini dan / atau dokumen yang dirujuk di sini, termasuk apa-apa persoalan mengenai kewujudannya, kesahan atau penamatan, akan dirujuk dan akhirnya diselesaikan oleh Mahkamah-Mahkamah Malaysia dan kedua-dua anda dan kami dengan ini, tanpa syarat dan tidak boleh ditarik balik, menyerah kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
Seksyen 1 menyatakan Dasar Privasi StashAway Malaysia (i.e. kami). Dasar Privasi menerangkan bagaimana kami menguruskan Data Peribadi dalam milik kami atau di bawah kawalan kami.
Ringkasan dalam lajur kanan ini memberikan penjelasan singkat tentang Dasar Privasi. Ringkasan ini tidak berikat dari segi undang-undang dan tidak menyeluruh, dan anda digalakkan membaca dan memahami Dasar Privasi tersebut.
Jika terdapat sebarang perbezaan di antara Ringkasan dan Dasar Privasi, Dasar Privasi akan diguna pakai.
Sebelum anda menggunakan Perkhidmatan kami, mengendalikan mana-mana akaun yang dikendalikan dengan kami, mengakses atau menggunakan Platform, laman web, aplikasi mudah alih atau sebaliknya memberikan maklumat kepada atau berkomunikasi dengan kami, anda mesti bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini.
2.1 Kami mengumpul, mengguna, mendedah, memindah dan memproses Data Peribadi tentang anda atau individu-individu yang berkaitan atau dikaitkan dengan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada wakil undang-undang anda ("Orang Berkaitan") mengikut Dasar Privasi ini.
2.2 Data Peribadi yang kami kumpulkan atau boleh mengumpul termasuk:
Seksyen 2 menyatakan jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan atau mungkin dikumpulkan dari anda.
3.1 Data Peribadi mempunyai / atau akan diperolehi daripada sumber-sumber yang berikut, jika berkenaan, atau sumber-sumber lain yang mungkin kita menganggap berpatutan dari semasa ke semasa:
3.2 Oleh sebab ketepatan Data Peribadi anda bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada kami, anda harus memaklumkan kepada kami secepat mungkin jika terdapat sebarang kesilapan dalam Data Peribadi atau jika terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda. Kami berhasrat untuk mengekalkan Data Peribadi secara tepat dan terkini, dan mengekalkan Data Peribadi tidak melebihi tempoh yang diperlukan untuk tujuan di atas atau seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang yang berkenaan.
Seksyen 3 menyatakan sumber di mana kami mendapatkan Data Peribadi.
Oleh sebab ketepatan Data Peribadi anda bergantung pada maklumat yang anda berikan kepada kami, anda harus memaklumkan kepada kami secepat mungkin jika terdapat sebarang kesilapan dalam Data Peribadi atau sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi.
4.1 Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan perniagaan kami, termasuk peruntukan dan operasi Platform dan Perkhidmatan yang diberikan kepada anda. Ini termasuk, untuk tujuan berikut ("Tujuan"):
Seksyen 4 menyatakan bagaimana kami boleh menggunakan Data Peribadi anda. Ini termasuk menggunakan Data Peribadi anda untuk menyediakan Perkhidmatan / Platform kami kepada anda, untuk tujuan pemasaran, dan untuk mematuhi keperluan undang-undang.
Kami mungkin dari semasa ke semasa mendedahkan dan berkongsi Data Peribadi anda kepada para pengarah, pegawai, pekerja, wakil, ejen atau perwakilan kami atau mana-mana pihak ketiga, sama ada yang terletak di Malaysia atau sebaliknya, untuk melaksanakan Tujuan. Ini termasuk pendedahan dan perkongsian Data Peribadi anda dengan yang berikut:
dengan syarat bahawal pendedahan di bawah mana-mana keadaan (a) hingga (d), kami akan memastikan bahawa penerima adalah tertakluk kepada kewajipan yang sama.
Kami juga mungkin mendedahkan dan berkongsi Data Peribadi anda dengan orang lain yang berkaitan dengan Tujuan yang diterangkan dalam Seksyen 4
Kami mungkin memindahkan, menyimpan dan/atau memproses Data Peribadi anda di luar Malaysia. Dengan membuat demikian, kami akan mematuhi PDPA dan undang-undang perlindungan data privasi yang berkaitan berkenaan dengan Data Peribadi anda dan memastikan bahawa penerima di luar Malaysia diwajibkan untuk melindungi Data Peribadi anda pada darjah yang setanding dengan perlindungan di bawah undang-undang yang berkaitan.
Kami boleh memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia. Sekiranya kami membuat demikian, kami akan mematuhi undang-undang perlindungan data privasi yang berkenaan.
Kami boleh menyimpan Data Peribadi anda selagi ianya diperlukan untuk tujuan pengumpulannya, untuk tujuan perniagaan atau untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan.
8.1 Anda jusga boleh meminta akses kepada Data Peribadi yang dipegang oleg kami, atau meminta pembetulan apa-apa data yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila jubungi Pegawai Perlindungan Data kami di dataprotection@stashaway.com.my atau +603 9212 4356.
8.2 Harap maklum bahawa bayaran yang munasabah mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan mungkin dikenakan untuk permintaan akses. Sekiranya sedemikian, kami akan memberitahu anda menganai fi tersebut sebelum memproses permintaan anda.
8.3 Kami akan menjawab kepada permintaan anda secepat mungkin dengan munasabahnya. Secara umum, maklum-balas kami adalah dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh kami terima permintaan anda. Sekiranya kami tidak dapat menjawab permintaan anda, atau membekalkan, membetulkan atau mengemas kimi maklumat seperti yang diminta oleh anda dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas kami menerima permintaan anda, kami akan memaklumkan kepada anda secara bertulis dengan secepat yang praktikal dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tamat tempoh awal dua puluh satu (21) hari dari penerimaan permintaan anda. Jika kami tidak dapat membekalkan apa-apa data peribadi atau membuat pembetulan seperti yang diminta oleh anda, kami secara amnya akan memberi sebab kenapa kami tidak dapat berbuat sedemikian (kecuali di mana kami tidak dikehendaki berbuat demikian di bawah PDPA).
Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami untuk mengakses atau meminta pembetulan kepada Data Peribadi anda
9.1 Untuk melindung Data Peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko yang serupa, kami telah memperkenalkan langkah-langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai seperti:
9.2 Anda harus sedar, bagaimanapun, bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik adalah benar-benar selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha untuk melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa menyemak dan mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan maklumat kami.
Kami telah memperkenalkan langkah-langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal untuk memastikan perlindungan Data Peribadi anda dengan kami.
10. 1 Kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Dasar Privasi ini, kami hanya mengumpul Data Peribadi yang anda berikan kepada kami. Sekiranya anda beringin bahawa kami tidak mengumpul Data Peribadi anda, jangan berikan kami maklumat tersebut, menggunakan Perkhidmatan kami, mengendalikan mana-mana akaun yang dikendalikan dengan kami, atau mengakses Platform, tapak web atau aplikasi mudah alih kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, mengendalikan mana-mana akaun yang dikendalikan dengan kami, melawati Platform, laman web atau aplikasi mudah alih kami atau sebaliknya, memberikan maklumat kepada, atau berkomunikasi dengan kami, anda dianggap telah membaca dan membenarkan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi anda atau Data Peribadi anda yang berkaitan dengan orang lain mengikut cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi kami untuk sebarang tujuan di atas, pada bila-bila masa dengan mengemukakan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami, butirannya di bawah dalam Perenggan 14. Jika kami tidak menerima apa-apa pemberitahuan daripada anda berkaitan dengan kutipan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi oleh kami, kami akan meneruskan untuk memproses untuk Tujuan sama yang dinyatakan di atas, berdasarkan pada persetujuan yang anda telah berikan untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan semasa serta yang terdahulu, selaras dengan Dasar Privasi ini.
10.2 Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik-balik persetujuan anda, kami mungkin memerlu masa yang munasabah (bergantung kepada kerumitan permintaan dan kesannya terhadap hubungan kami dengan anda) untuk permintaan anda diproses dan bagi kami untuk memberitahu anda tentang akibat daripada kami bersetuju dengan perkara yang sama, termasuk apa-apa akibat undang-undang yang boleh menjejaskan hak dan liabiliti anda kepada kami. Secara umum, kami akan berusaha untuk memproses permintaan anda dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas menerimanya.
10.3 Harap maklum bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan anda Perkhidmatan kami jika anda tidak memberikan persetujuan anda atau menarik balik persetujuan anda terhadap pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi untuk sebarang Tujuan.
10.4 Jikalau anda memberikan Data Peribadi individu lain kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah mendapatkan persetujuan individu tersebut untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi mereka mengikut Dasar Privasi ini.
10.5 Harap maklum bahawa menarik-balik persetujuan tidak akan menjejaskan hak kami untuk terus mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi di mana pengumpulan, penggunaan dan pendedahan tersebut tanpa persetujuan dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang yang berkenaan.
10.6 Anda boleh pada bila-bila masa menarik-balik persetujuan anda untuk menerima bahan pemasaran dari kami. Jika anda ingin berbuat demikian, sila klik pada pilihan ("Nyahlanggan") yang terdapat pada semua e-mel pemasaran / surat berita yang anda menerima daripada kami atau hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di dataprotection@stashaway.my atau +603 9212 4356.Anda memberikan persetujuan kepada kami untuk mengumpul, mengguna, memproses dan mendedahkan Data Peribadi anda mengikut cara-cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami. Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda, kami mungkin tidak dapat memberikan anda Perkhidmatan kami. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa jika anda memberi Data Peribadi individu lain kepada kami, anda akan memastikan bahawa individu tersebut telah memberikan persetujuan mereka untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi mereka menurut Dasar Privasi ini.
11.1 Platform, laman web dan aplikasi mudah alih kami ("aplikasi-aplikasi" atau "aplikasi") menggunakan kuki. Kuki adalah fail teks kecil yang diletakkan pada komputer, sistem atau peranti mudah alih anda apabila anda melawat laman web atau menggunakan aplikasinya. Kuki mengumpul maklumat mengenai pengguna dan lawatan mereka ke laman web atau penggunaan aplikasi tersebut, seperti alamat protokol Internet (IP) mereka, cara mereka tiba di laman web (contohnya, melalui enjin carian atau pautan dari laman web lain ) dan cara mereka mengemundi laman web atau aplikasinya. Kami menggunakan kuki dan teknologi lain untuk memudahkan sesi internet anda dan penggunaan aplikasi kami, menawarkan kepada anda produk dan / atau perkhidmatan mengikut tetapan pilihan anda, menggunakan trek laman web dan aplikasi kami dan menyusun statistik tentang aktiviti yang dijalankan di laman web kami dan / atau melalui aplikasi kami.
11.2 Teg piksel, juga dikenali sebagai "web beacon", adalah tag yang tidak boleh dilihat, yang diletakkan di halaman tertentu laman web kami tetapi tidak diletakkan di komputer anda. Teg piksel biasanya digunakan bersama dengan kuki dan digunakan untuk memantau kelakuan pengguna yang melawat laman web.
11.3 Anda boleh menyediakan pelayar web anda untuk menyekat kuki yang akan melumpuhkan teg piksel daripada pemantauan lawatan laman web anda. Anda juga boleh memadam kuki yang disimpan di komputer atau peranti mudah alih anda. Walau bagaimanapun, jika anda menghalangi kuki dan teg piksel, anda mungkin tidak akan dapat menggunakan ciri-ciri dan fungsi tertentu di laman web kami atau Platform.
11.4 Kami juga menggunakan program analisis seperti Google Analytics untuk tujuan penganalisan web untuk mengurus dan menambahbaik laman web kami, aplikasi mudah alih, Platform dan / atau Perkhidmatan kami. Ciri-ciri Google Analytics yang kami mungkin menggunakan termasuk Remarketing with Google Analytics, Google Display Network Impression Reporting, dan Google Analytics Demographics dan Interest Reporting. Sehubungan dengan itu, maklumat anda boleh dikumpulkan untuk laporan seperti pelaporan tanggapan, pelaporan demografik, pelaporan faedah dan untuk membantu penyesuaian pengiklanan online kami untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik. Anda boleh merujuk kepada https://www.google.com/policies/privacy/partners untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana data anda dikumpulkan melalui Google Analytics.
11.5 Kami dan penjual pihak ketiga kami, termasuk Google, menggunakan kuki pihak pertama (seperti kuki Google Analytics) atau pengenalan pihak pertama yang lain, dan kuki pihak ketiga (seperti kuki pengiklanan Google) atau pengenalan pihak ketiga yang lain bersama-sama, untuk memaklum, menganalisis, mengoptimum, dan memaparkan iklan berdasarkan minat, carian dan sejarah corak penggunaan anda semasa melawati laman web kami, aplikasi mudah alih dan Platform, dan untuk tujuan analisis penyelidikan pasaran lain seperti pelaporan tanggapan dan cara interaksi anda dengan iklan berkaitan dengan lawatan ke tlaman web kami, aplikasi mudah alih dan Platform, dan lain-lain. Akibatnya, penjual pihak ketiga boleh memaparkan iklan kami di laman web atau aplikasi mudah alih yang lain. Kami tidak menyokong atau mengesahkan tujuan, sebab-sebab atau penyataan laman web tersebut atau aplikasi mudah alih yang memaparkan iklan kami.
11.6 Dengan menggunakan tetapan pengiklanan Google (https://www.google.com/settings/u/0/ads/authenticated), anda boleh mengawal iklan yang anda lihat, menyekat pengiklan tertentu, mengetahui bagaimana iklan dipilih untuk anda, dan menarik keluar dari Google Analytics untuk Display Advertising. Untuk menarik keluar dari pengumpulan atau penggunaan maklumat oleh Google Analytics, sila muat turun dan memasang Google Analytics Opt-Out Browser Add-on yang tersedia di https://tools.google.com/dlpage/gaoptout. Dengan menarik keluar, anda tidak akan tertakluk kepada pengiklanan online atau analisis pemasaran oleh Google Analytics dan anda tidak lagi akan menerima iklan yang disesuaikan dengan corak penyemakan dan penggunaan anda.Kami boleh mengumpul maklumat, Data Peribadi anda, melalui kuki di Platform, lamanweb dan aplikasi mudah alih kami. Kami menggunakan program analisis seperti Google Analytics untuk mengurus dan menambahbaik laman web, aplikasi mudah alih, Platform dan / atau Perkhidmatan kami. Kami mungkin dengan bantuan Google Analytics menggunakan tingkah laku pelayaran dan corak penggunaan anda bersama dengan Data Peribadi lain yang diberikan oleh anda sebelum ini menurut Dasar Privasi ini.
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak dikendalikan oleh kami. Dasar Privasi ini hanya dipakai untuk laman web, aplikasi mudah alih, Platform dan / atau Perkhidmatan kami. Apabila anda melawati laman web pihak ketiga ini, anda harus membaca dasar privasi mereka yang akan digunakan untuk penggunaan laman web tersebut oleh anda.
Dasar Privasi ini tidak ada kaitan dengan laman web pihak ketiga yang mungkin dihubungkan dari laman web kami.
Dasar Privasi kami mungkin berubah dari semasa ke semasa. Kami akan menyiarkan apa-apa perubahan dasar privasi di halaman ini, yang mana anda akan diberitahu. Sekiranya anda terus menggunakan Perkhidmatan kami, mengendalikan mana-mana akaun yang dikendalikan dengan kami, mengakses Platform, laman web atau aplikasi mudah alih kami, dan / atau memberikan maklumat atau berkomunikasi dengan kami, anda dianggap bersetuju dengan perubahan tersebut tanpa syarat.
Dasar Privasi ini adalah tertakluk kepada perubahan dibuat oleh kami; dan jika anda terus menggunakan Perkhidmatan kami, mengendalikan mana-mana akaun yang dikendalikan oleh kami, mengakses Platform, laman web atau aplikasi mudah alih kami, dan / atau memberikan maklumat atau berkomunikasi dengan kami, anda dianggap seolah-olah anda telah bersetuju dengan perubahan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai sebarang aspek Dasar Privasi ini atau sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di dataprotection@stashaway.my atau +603 9212 4356.
Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Dasar Privasi ini.
StashAway Malaysia Sdn Bhd (201701046385) is licensed by the Securities Commission Malaysia (Licence eCMSL/A0352/2018).
This page is subject to the terms available here.